Perkongsian kali ini akan membawa peREKA untuk melihat apa yang Bucket dalam REKA dapat tawarkan kepada peREKA untuk membantu pengurusan sistem dan file attachment yang lebih cekap.
Fungsi Bucket telah ditawarkan sekitar bulan Ogos 2021. Secara ringkas, Bucket merupakan virtual directory untuk menyimpan file yang diupload sebagai attachment dalam form.
Untuk membuat Bucket adalah mudah, 1) klik pada icon box pada app designer dan masukkan nama dan keterangan Bucket.
Untuk mula menggunakan Bucket, 2) peREKA boleh set Bucket pada File (atau Image) upload field dalam Form Items -> Options -> Bucket.
Setiap attachment yg diupload melalui field tersebut akan dimasukkan ke dalam Bucket.
Fungsi-fungsi Bucket
– Bucket Statistics – peREKA boleh memantau jumlah saiz dan bilangan file yang telah diupload ke dalam Bucket. Statistik juga memaparkan jumlah pecahan jenis file dan pecahan mengikut field ianya diupload, sekiranya beberapa field berkongsi Bucket yang sama.
– Download files sebagai zip – semua file tersebut juga boleh dimuatturun dengan mudah dalam bentuk zip file. Walaubagaimanapun, sekiranya jumlah keseluruhan file terlalu besar, ianya akan mengambil sedikit masa untuk di compress kepada zip file (Sila semak total size dalam Bucket Statistics sebelum Initialize Zip)
– Reorganize Bucket Files – Sekiranya peREKA sudah mula memahami kelebihan Bucket, bagaimana dengan upload sebelum ini yang tidak menggunakan Bucket? Jangan risau. Lakukan 2 langkah yang telah dinyatakan di atas untuk membuat dan menetapkan Bucket. Setelah itu, dalam Bucket, klik butang ‘Reorganize Bucket files’ untuk REKA reorganize semula file dalam Bucket.
Terdapat banyak lagi tambahbaik yang telah dirancang untuk fungsi Bucket dalam tahun ini.
Semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat.